7 Langkah Untuk Mencapai Kejayaan

06/09/2010 15:07

USAHA MEMANAFAATKAN SEPENUHNYA HARI ANDA AKAN MEMBAWA KEJAYAAN. IZINKAN SAYA BERKONGSI DENGAN ANDA 7 RAHSIA KEJAYAAN.

 

1.    ANDA PERLU TENTUKAN DAHULU APA YANG ANDA MAHU.

        Anda boleh mendapatkan apa jua yang anda kehendaki dalam hidup. Earl Nightingale berkata jika sesorang itu sedar bahawa dia boleh mendapatkan apa sahaja yang dia mahu, dia akan menetapkan matlamat yang lebih tinggi. Jika anda menetapkan matlamat yang lebih tinggi, anda akan meningkatkan pencapaian dalam hidup. Jika wawasan anda jelas, anda pasti akan mencapainya jua. Luangkan masa untuk menetapkan matlamat yang sewajarnya.

 

2.    MATLAMAT ANDA PERLU DITULIS.

 

        Kejayaan bermula apabila anda mengambil pen dan kertas dan berfikir dan berusaha untuk merangka kehidupan ideal anda. Orang yang berjaya berfikir sebelum mereka bertindak. Anda mesti meluangkan masa untuk menulis rancangan kejayaan dan matlamat anda pada kertas. Hanya 3% orang yang melakukannya. Cuba teka jenis rumah, pakaian, makanan dan kereta yang mereka miliki ? Kejayaan mereka tidak tercapai secara kebetulan. Mereka membuat perancangan rapi.

        Jika anda tidak dapat menulis wawasan anda dengan jelas di atas kertas, mungkin fikiran anda tidak cukup jelas untuk mencapainya. Dengan menulis wawasan anda dengan jelas maka anda akan menjajarkan kekuatan mental, spiritual, fizikal dan emosi untuk mencapai wawasan dan matlamat anda. Minda, badan dan minda luar sedar anda akan berfungsi seperti pasukan tarik tali sambil menarik tali kehidupan anda. Dengan menggembleng ketiga-tiga kuasa ini, tidak kiralah berapa ramai mahupun bertapa kuat pasukan yang menentang anda. Anda pasti akan berjaya mengatasi segala-galanya untuk mencapai kejayaan.

 

3.     TENTUKAN TEMPOH MASA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT ATAU WAWASAN ANDA.

 

        Tetapkan sasaran bila anda mampu mencapainya. Anda perlu menggerakkan jiwa dan raga anda untuk mencapainya mengikut tempoh masa tertentu. Tanpa tarikh akhir, anda tidak ada matlamat, anda hanya ada hajat. Hajat hanya akan menyebabkan keresahan. Anda tidak boleh mengawal atau mengerjakan hajat untuk mencipta realiti. Jika anda tidak mencapai matlamat atau wawasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, tetapkan satu lagi matlamat lain. Tidak ada matlamat yang tidak realistik, cuma tempoh masa yang tidak realistik.

        

4.    USAHA MENCAPAI WAWASAN ATAU MATLAMAT ANDA MEMERLUKAN SATU SIRI KEGIATAN.

 

        Buat senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk mencapai wawasan atau matlamat anda. Apabila motivasi anda semakin tinggi, anda boleh menulis seribu satu kegiatan dengan mudah. Anda mungkin tidak mahu meluangkan masa untuk membuat senarai tersebut, bagaimanapun jika anda tidak berbuat demikian anda boleh melambatkan dengan ketara usaha mencapai wawasan atau matlamat. Anda perlu merancang wawasan atau matlamat secara sepenuhnya untuk membolehkannya dibahagikan kepada matlamat lebih kecil. Jika anda memanggang seekor kambing dan bersedia untuk memakannya bersama sosnya sekali, anda tidak boleh makan seluruh kambing sekaligus. Anda boleh makan sebahagian kecil atau potongan yang mudah dimakan. Jika anda menjemput sekumpulan rakan untuk membantu anda seluruh kambing boleh dihabiskan jika setiap orang mengambil sebahagian kecil. Orang yang berjaya akan menilai keadaan, mendapatkan bantuan dan merangka rancangan untuk meringankan beban semua. Kemudian mereka akan mengajak orang lain bersama-sama melakukan sesuatu dalam bentuk yang lebih mudah disiapkan.

 

5.     SEMAK SEMULA SENARAI AKTIVITI UNTUK MEMASTIKAN IA DALAM SUSUNAN YANG BETUL.

 

        Susun langkah menyeluruh untuk mencapai wawasan atau matlamat. Anda perlu bermula dengan yang penting dan beralih kepada kurang penting. Jangan beralih kepada perkara lain sehingga anda menyiapkan perkara paling penting dahulu. Terdapat kesinambungan kepada semua kegiatan dan tugas. Anda perlu meluangkan masa untuk menciptanya.

 

6.    JANGAN LENGAHKAN USAHA ANDA.

 

        Anda boleh mencari alasan untuk melengahkan sesuatu. Jangan tergerak hati untuk berlengah. Perkara penting ialah memulakan momentum hari ini. Hukum fizik utama ialah badan yang sedang bergerak akan terus bergerak. Jangan berlengah untuk menggerakkan badan anda.

 

7.    PASTIKAN ANDA MELANGKAH MAJU SETIAP HARI.

 

        Jangan lupa untuk melakukan sesuatu yang membawa anda lebih hampir kepada wawasan dan matlamat anda. "Adakah kegiatan yang saya lakukan sekarang membawa saya lebih hampir atau lebih jauh kepada matlamat saya?"

        Apabila anda maju ke hadapan, langkah berusaha mencapai wawasan atau matlamat anda semakin kecil. Tenaga paling besar diperlukan di peringkat awal untuk menggerakkan wawasan atau matlamat. Jangan berhenti dan bermula semula. Pastikan anda sentiasa bergerak ke arah matlamat.

 

JIKA ANDA MENGAMALKAN 7 LANGKAH INI DALAM PERNIAGAAN ANDA, ANDA BOLEH MENCAPAI APA JUA JUMLAH YANG ANDA KEHENDAKI. SEBENARNYA DALAM HIDUP INI, ANDA YANG MEMBUAT PILIHAN. PASARAN DAN PERSAINGAN TIDAK MEMPENGARUHI PILIHAN ATAU KEPUTUSAN ANDA. PILIHAN DI TANGAN ANDA, JADI PASTIKAN ANDA MEMILIH DENGAN BIJAK.